eNgaji
Pengenalan
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)] Dan Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)] Sungguh hebatnya kelebihan yang Allah swt janjikan kepada sesiapa yang sering membaca al-Quran dalam kehidupannya. Namun, dalam asyik kita membaca al-Quran, dan menjadikan ia sebagai ibadah rutin harian kita, perlu juga kita melihat pada Firman Allah swt,
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil. [al-Muzzammil:4]
Apabila kita melihat pada ayat ini, maka ianya adalah ayat arahan (suruhan). Dan apabila ditanya tentang ayat ini pada Saidina Ali bin Abi Tolib Karramallahuwajhah apa maknya, maka beliau berkata,
Makna Tartil itu adalah “Tajwidul huruf Wa ma’rifatul wuquf”. Yang ertinya “Membaca al-Quran sesuai dengan kaedah-kaedah tajwid dan mengetahui dimana harus berhenti dan memulai bacaan
Sepakat Para Ulama dari zaman Sahabat Nabi hinggi ulama kini, semuanya menegaskan bahawasanya wajib membaca al-quran itu dengan bertajwid,
Berkata Imam Ibnu al-Jazari dalam Muqadimah Jazariah nya, “Dan beramal dengan tajwid itu satu kewajiban (kelaziman). Barang siapa yang tidak bertajwid adalah berdosa, kerana Allah SWT telah menurunkan al-Quran dengannya (iaitu bertajwid) dan begitulah juga al-Quran itu sampai kepada kita”.
Oleh demikian, untuk merealisasikan membaca al-Quran secara bertajwid, Sheikh Ibrahim as Samannudi berkata dalam Matan Tuhfatu as Samannudiah nya, “Rukun-rukunnya iaitu mengetahui segala makhraj, sifat-sifatnya dan hukum-hukum yang mendatang, demikian juga memperbanyakkan latihan, serta mengambilnya dari mulut mereka yang mahir mengenainnya (guru yang mutqin), inilah lima (rukun) yang nyata”.
Jadi dapatlah kita simpulkan, sesiapa sahaja yang ingin membaca al-Quran dengan baik, haruslah ia melalui lima rukun itu:-
- Mengetahui makhraj huruf
- Mengetahui sifat huruf
- Mengetahui sifat mendatang
- Memperbanyakkan latihan
- Mengambil bacaan dari guru yang mutqin
Dengan itu, saya merasa terpanggil untuk mewujudkan eNgaji (kelas mengaji online) ini. Kerana, saya melihat hal sebegini adalah satu usaha fardhu kifayah yang perlu dilakukan. Dengan adanya kelas mengaji online sebegini, ianya memudahkan orang ramai dapat mengikuti kelas mengaji al-Quran dengan mudah, iaitu secara atas talian sahaja. Dimana saja anda berada, anda mampu untuk mengikuti kelas pengajiannya
Harapan saya, semoga usaha kecil saya ini menjadi amal jariah buat saya, dan kedua ibu bapa saya, guru-guru saya dan orang-orang yang membantu saya selama tempoh saya belajar dari dahulu hingga kini. Semoga Allah swt memilih kita semua menjadi ahlul al-Quran di dunia dan akhirat. Aamiin ya rabbal a’lamin
Objektif
- Membuka peluang orang ramai mempelajari ilmu bacaan al-Quran secara mudah iaitu diatas talian sahaja
- Dapat mengetahui ilmu-ilmu bacaan al-Quran, seperti pengetahuan tentang makhraj huruf, sifat asli huruf dan sifat mendatang huruf
- Dapat memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dan kesilapan ketika membaca al-Quran
Sasaran
Dijemput Seluruh ummat Islam, khususnya berbangsa melayu dan rakyat Malaysia di dalam negara dan luar negara
Jenis-jenis Kelas
Insyaallah, dengan anda mengikuti kelas-kelas yang sediakan ini, anda dapat memahami tentang ilmu bacaan al-quran. Dan dengannya, anda dapat membaca al-quran dengan betul dan sempurna.
Tenaga Pengajar

Ustaz Mohd Izzuddin Bin Mohammad Aminuddin
Founder eNgaji.
Lulusan dari Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh Indonesia (Jurusan Usuluddin, Ilmu al-Quran & Tafsir).
Kini berkhidmat di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Addin, Malim Nawar, Perak.
Pembantu tenaga pengajar adalah dari kalangan asatizah yang bertauliah.
Perlukan Bantuan?
Sebarang pertanyaan tentang Program eNgaji atau lain-lain yang berkaitan, boleh terus hubungi kami melalui aplikasi Whatsapp.
Sedutan Media
Liputan media yang diterima melalui akhbar Kosmo! sewaktu eNgaji dalam permulaan dengan nama dahulu - Let's Iqra'.
Testimoni
Puan Mardiyana Ariffin
Kelas Iqra' di group Facebook sangat-sangat memanfaatkan saya. Bagaimana pula untuk belajar tajwid? Nak belajar dan revise tajwid saya. Jutaan terima kasih.
Encik Zulhilmi Sufian
Alhamdulillah. Banyak ilmu tajwid dapat saya pelajari. Kena buat banyak ulangkaji lagi. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.
Cikgu Sariyanti Yusof
Mudah untuk belajar. Makhraj setiap huruf pun dah jelas saya sebut. Sangat membantu untuk saya ajar anak-anak di tadika pula.
Haji Yeop Zulkifli
Teruskan usaha ni ustaz! Belajar secara online ni mudahkan saya dan keluarga tak kira masa. Sebab boleh ulang siarannya sampailah kita pandai dan lancar.
Pelajar eNgaji
Teks & Nota
Kelas Atas Talian
Video Pembelajaran